Menurut pemilik Industri Makanan Seri (IMS), En Md Amil, dodol keluarannya diadun menggunakan campuran enam jenis manisan. Rasa dodol Seri juga berbeza kerana bentuk 'cube' diadun dengan Gula Melaka biasa manakala pek lain menggunakan Gula Melaka asli. Bagaimanapun, rasa kedua-duanya sedap dan tidak terlalu manis!
Candy istimewa ini diperbuat daripada kelapa parut segar, santan, gula dan mentega bermutu tinggi. Dengan resipi tradisi, candy ini mempunyai rasa asli yang unik serta berbeza dari candy Pantai Timur atau Utara.
Untuk pengetahuan pengunjung, dodol lembut dan gula-gula kelapa (coconut candy) yang dijual di laman ini adalah dari rangkaian produk jenama Seri Awa keluaran Industri Makanan Seri (IMS).
Harga jualan yang ditawarkan tamara.bizz adalah mengikut harga pasaran sebagaimana yang ditetapkan.
Assalamualaikum, Salam Sejahtera... Selamat berkunjung ke laman bisnes AibEes. Menerusi laman ini, pengunjung boleh membuat tempahan dodol lembut dan candy kelapa untuk sebarang majlis keraian yang dirancang.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh emelkan ke tamarabizz@yahoo.com
*********************
Sebagai permulaan, tamara.bizz hanya menerima tempahan daripada teman-teman, saudara-mara serta kakitangan NSTP (KL & Johor) saja. Ini bagi mengelak masalah penghantaran. Tempahan juga tertakluk kepada jualan bernilai RM50 ke atas.
Pembayaran adalah menerusi akaun Maybank. Terima kasih.